cerita ini mengisahkan seorang lelaki bernama yombuhag yang tinggal di sebuah kampung terpencil dan jauh dari pusat bandar dan bekerja sebagai seorang petani dan menanam sayur-sayuran dan buah-buahan secara kecil-kecilan.semua hasil daripada tanamannya akan diborong setiap minggu oleh seorang pemborong yang suda lama dia kenal juga dikenali sebagai ah kiung.ah kiung seorang yang suka membuat kacau dan mengenakan kawan-kawannya termasuklah si yombuhag tetapi yombuhag selalu 'rilex' dan bersikap 'cool' sahaja apabila dia dikenakan oleh ah kiung.setiap minggu tanaman yombuhag habis diborong oleh ah kiung dan mendapat pulangan yang boleh tahan juga la hasil daripada tanamannya.
sehinggakan pada hari suatu apabila ah kiung datang untuk memborong tanaman yombuhag..
ah kiung: kau tidak bosan ka hali-hali tanam sayur saja kelja kau?
yombuhag: apa buli buat laa~ suda ini kerja saya,mau buat macam mana lagi kan.
ah kiung: ko tidak mau try ka bisnes?lagi banyak untung woo.
yombuhag: macam mana?
ah kiung: sinang saja maa~ bisuk kau ikut saya pigi pasar.
keesokan harinya mereka berdua pergi ke pasar dengan membawa pelbagai sayuran dan buah untuk dijual.ah kiung mengajar yombuhag macam mana untuk berniaga.dipendekan cerita,semua jualan mereka laris dijual.tengah hari suda.perut pula suda lapar jadi apa lagi,makan la jawapnya.duit lagi suda banyak,jadi apa lagi,mereka berdua pun try la makan di restoran mahal yang berdekatan.Si yombuhag ni tidak pernah langsung makan di restoran mahal.apa lagi si ah kiung ni pun rancang mau kasi kena la dia ni.
pelayan: ya boss,mau makan apa?
yombuhag: kasi saya mcm tu sana meja sebelah.
pelayan: minum?
yombuhag: pun sama jgk la.
pelayan: ok,yang boss satu pula apa mau??
ah kiung: kasi sama sajala mcm dia punya.
yombuhag makan dengan begitu selera.sehinggakan dia order lagi sampai 3 kali makanan yang sama (nasi ayam).makan punya makan,habis.jadi si ah kiung memanggil pelayan tadi untuk meminta bil makanana mereka.si pelayan menunjukan bil kepada ah kiung dan ah kiung menunjuk kan bil tersebut pada yombuhag,"semuanya RM15.50 boss."
bersambung~